Thursday, April 26, 2012

SUNSET SEBELUM SUNRISE

  
   Suasana menjelang matahari tenggelam di ufuk barat laut Selat Melaka nampak sangat indah dan tenang.


***


***


***


***


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Suasana pagi sangat mendamaikan, sinaran cahaya matahari yang mula menunjukkan wajah di ufuk timur bersama kehijauan pohon pohon di taman sangat menyegarkan mata.











PELIHARALAH ALAM SEKITAR SERTA KEHIJAUAN ALAM SEMULAJADI UNTUK KITA dan GENERASI SELEPAS KITA.
*********************************


Friday, January 13, 2012

ADUAN AWAM MPS


Saya selalu juga menggunakan laluan Jalan Dato' Muda Linggi untuk ke pajabat dan balik, selain jalan pilihan Jalan Lingkaran Tengah dan Jalan Rasah. Berhampiran SEREMBAN PLAZA (seberang jalan) dapat dilihat dengan jelas pokok mati ini




Saya tak pasti ia tanggong jawab siapa. Walaubagaimana pun memandangkan bahaya kepada pengguna jalan tersebut , saya telah menghubungi Pusat Aduan Awam Majlis Perbandaran Seremban pada hari isnin 9 Jan 2012. Aduan saya memohon pihak MPS menebang pokok itu  segera, di bimbangi musibah menimpa  sesiapa juga termasuklah anggota MPS sendiri. Bencana sebegini pernah berlaku tahun lepas di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur apabila seorang penunggang motorsikal mati di tempat kejadian setelah di timpa satu tunggul kayu mati di tepi jalan berkenaan.

Saya mohon sangat sangat pihak berkuasa cepat bertindak dalam hal sebegini.

Saturday, June 4, 2011

TAYAR PANCIT

    Pagi semalam perjalanan saya ke pejabat tergendala kerana tayar kereta pancit, tayar hadapan sebelah kiri, perkara ni saya sedari di rumah.
Gambar ni tayar setelah di bawa ke kedai tayar untuk di tampal.


Saya menggantikan dengan tayar 'spare' seperti dalam gambar dibawah. Apabila menggunakan tayar 'spare' kita tak bolih pandu laju dan jauh, kena tukar segera dengan tayar saiz sebenar. Saiz tayar 'spare' adalah kecil.


Saya memandu kereta ke satu kedai tayar tak jauh dari rumah untuk mendapatkan perkhidmatan menampal dan memasang semula tayar asal.
Apa yang ingin saya timbulkan disini adalah sikap seorang pekerja Melayu di kedai tayar tersebut berbanding pekerja bangsa Cina.
Sesampai saya di kedai tayar tersebut saya lihat ada seorang pekerja Melayu sedang melakukan sesuatu kerja, dia melihat saya datang dan saya maklumkan tayar kereta saya pancit dan untuk ditampal, dia diam saja. Sementara menanti dia membuat kerja saya keluarkan tayar yang pancit dari boot kereta.
Si mamat pun memulakan kerja menampal tayar kereta saya dan menukarkan tayar 'spare' dengan tayar asal, dan menyatakan dah siap. Saya tanya berapa ringgit, dia kata RM5.00, saya bayar. Lepas tu dia biarkan saja tayar 'spare' tanpa menolong menyimpan semula di tempatnya di dalam boot kereta saya. Apabila saya minta dia simpankan baru dia buat dengan gaya membantah, skrunya pun dia tak ketatkan dan kata dah siap.
Beginilah sikap seorang pekerja Melayu yang amat berbeza dengan sikap seorang pekerja bangsa Cina di kedai tayar lain yang biasa saya pergi. Pekerja Cina yang saya maksudkan apabila saya sampai di kedai tersebut kita di sapa dengan mesra, tayar di buka sambil dia berbual dengan kita. Apabila kerja tu siap tayar yang lain pun di 'pam kan' anginnya, dan sebelum kita beredar dia kata datang lagi dilain masa.

Kebetulan pagi tu saya menonton tv Malaysia Hari Ini, Dato' Dr Mohd Fazilah Kamsah bercerita, seorang remaja Cina bekerja di satu kedai, dia bertanya berapa gaji yang dibayar. Beliau menyatakan gajinya murah sahaja, tapi yang penting baginya untuk belajar nanti kelak bolih membuka perniagaan sendiri. Manakala seorang pekerja Melayu yang di jumpainya ada menyatakan buat apa kerja lebih , buatlah kerja berpadanan dengan gaji sahaja.

SANGAT BERBEZA SIKAP PEKERJA DUA BANGSA INI.
  

Monday, May 30, 2011

ANAK BURUNG


Di Seremban 30 May 2011 18.00 Ptg
Lokasi : Hutan rekriasi MPS yang di beri nama TAMAN MALAYSIA
Aktiviti: Jogging


Bukan senang kita bolih jumpa sarang burung yang ada anak yang baru menetas. Bermakna hari ni saya sangat bertuah.










Hutan rekriasi ini seharusnya dikekalkan dan di pulihara agar khazanah semulajadi dan berharga ini kekal dan menjadi tempat pembiakan hidupan rimba, bukan satu spesis burung sahaja, juga penduduk sekitar bolih menikmati udara bersih dan segar.


Tuesday, May 3, 2011

KEMANA PENGUATKUASA

    Kita lihat gambar berikut:


    Menunjukan garisan berkembar di tepi jalan raya. Secara rengkasnya bolih difahami, tidak di benarkan meletak kenderaan di tempat tersebut, jelas maknanya bagi sesiapa yang telah lulus ujian memandu kenderaan.

Lihat gambar ini:


dan gambar ini :


    Pemandu kereta tersebut pastinya memiliki lesen memandu yang sah, bermakna faham maksud garisan berkembar yang di buat di tempat tersebut atau garisan terus di tepi jalan raya. Perkara begini saya lihat berlaku berterusan setiap hari.

    Juga lihat gambar berikut:


    Kenderaan dalam gambar diatas diletakkan dilaluan motorsikal laluan masuk ke satu komplek perniagaan. Kali ini yang meletak kenderaan tersebut adalah peniaga di pasar berhampiran. Mengapa kesalahan ini dibiarkan berterusan berlaku, kemana perginya penguatkuasa yang melaksanakan undang undang yang keseluruhannya bolih dikatakan Melayu, samaada Polis, JPJ dan PBT dan yang melanggar undang undang ini pula rata rata saya lihat bukan Melayu. Adakah penguatkuasa Melayu mudah dibeli? Tiada intergriti? Kambing kambing  hitam ini sepatutnya suruh dia cari kerja lain, merosakan imej kerajaan sahaja.

Sunday, April 10, 2011

PENIPUAN HARGA

    Kita akan merasa marah apabila kita di tipu atau hak kita dirampas.
   Hak kita membeli sesuatu barang dengan harga yang di nyatakan. Harga sesuatu barang mestilah sama seperti tertera di rak pamiran , dalam iklan dan harga yang sama semasa kita membayar di kaunter. Jika kita terpaksa membayar lebih bermakna kita telah di tipu dan bermakna hak kita membeli seperti harga yang di janjikan dalam iklan telah di nafikan / dirampas.

Sekarang banyak diperkatakan tentang penipuan harga barang di pasaraya dan pasaraya besar. Setakat hari ini belum ada tindakan konkrit dari pihak berkuasa untuk menanganinya.



   Hari ini saya singgah di Pasaraya Besar Giant di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasaraya ini baru di buka beberapa bulan lepas. Saya tak pasti berita dalam keratan akhbar bertarikh 08 April 2011 diatas berkaitan dengan pasaraya ini atau tidak, mungkin ya atau pasaraya lain di PD.
   Saya memilih beberapa barang termasuk satu unit remote control tv tertera harganya RM10.99, ada dua tanda harga di sebelah atas sementara di bawah disusun barang tersebut. Tiada scanner berhampiran untuk pelanggan memeriksa sendiri harga barang. Setelah membayar dikaunter saya dapati harga remote control tersebut adalah RM20.99.


Apabila saya bertanya di kaunter aduan pelanggan , mengapa harga yang ditulis RM10.99 di kenakan harga RM20.99,mereka manyatakan mungkin pelanggan lain meletakkan barang tersebut ditempat barang yang berharga RM10.99. Pada pengamatan saya tak mungkin barang tersebut tersalah letak kerana ada banyak barang di susun di rak itu. Saya di minta mengisi nama dan tandatangan dalam satu borang untuk memulangkan barang dan mengembalikan wang saya. Saya dengan ini mohon maaf kepada pekerja di kaunter aduan pelanggan kerana telah terkasar bahasa dalam insiden ini, saya maklum perkara ini bukan salah mereka tapi adalah tanggung jawab eksekutif mereka atau penyelia.  
   Saya melihat perkara ini mestilah di jadikan perkara utama yang patut di selesaikan olih Jabatan Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan daerah Port Dickson. Para pengguna menaruh harapan tinggi agar penipuan harga ini tidak berleluasa dan berterusan.



Saturday, April 9, 2011

MENGIKTIRAF BUKTI


Dr Juanda Jaya

Kenyataan Mufti Perlis dalam Malaysiakini :

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu. "Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina.

Kenyataan tersebut adalah reaksi jawapan kepada kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.




ZAINOL RIJAL ABU BAKAR

Beliau orang berilmu tinggi, keluarkanlah kenyataan tanpa dipengaruhi politik peribadi. Jangan mengelirukan orang yang mempercayai anda orang berilmu. Jangan memperalatkan ilmu yang anda ada untuk kepentingan pihak tertentu yang anda sokong.

Jika rakaman gambar dan video tidak diterima sebagai bukti, bagai menunjukan Islam tidak mengikut peredaran zaman. Kalau begitu bukti DNA juga tak bolih juga diterima sebagai bukti. Dizaman teknologi serba canggih ni, masih ada ulama yang tak bolih terima kemajuan atau ada kepentingan peribadi.
   Adakah orang yang melakukan zina mahu mengaku dosa besar yang telah di lakukannya. Adakah mata empat orang saksi (yang adil) yang bolih melihat perlakuan itu, kalau zaman orang tinggal dalam rumah berdinding buluh atau dinding daun nipah/rumbia bolih lah orang nampak. Juanda.... Juanda....

Orang yang mendengar akan keliru, sebab ulama yang bercakap juga keliru, penyokong juga keliru dan terus dikelirukan olih mereka.